Jemputan melakukan pengundian sekatan penciptaan rencana bagi pengguna awanama Perbincangan_pengguna:Epilepson

Salam semua ahli Wikipedia! Pesanan ini dihantar bertujuan untuk menjemput anda semua bagi membuat pengundian dasar sekatan penciptaan rencana bagi pengguna awanama yang diusulkan oleh saya, CyberTroopers. Pengundian ini diteruskan semula kerana kutipan undian tidak mencukupi untuk diterima/ditolak. Dasar ini akan mengubah konfigurasi hak bagi kumpulan penggguna untuk pengguna awanama iaitu membatalkan hak kumpulan ini daripada mencipta rencana di Wikipedia bahasa Melayu. Namun begitu, mereka boleh memohon rencana untuk diciptakan atau membuka akaun bagi tujuan tersebut. Oleh itu saya berharap anda semua dapat memberi kerjasama dengan membuat undian. Saya juga ingin memohon kerjasama semua ahli Wikipedia untuk berganding bahu dengan sentiasa menyemak dan mencipta rencana di Wikipedia:Memohon rencana yang dipinta oleh pengguna-pengguna. Sekian.-CyberTroopers (bincang · sumbangan · log) 06:54, 26 Mac 2020 (UTC)

Undi sekarang! Cipta rencana